Drift di West Port, Klang, Selangor Darul Ehsan.
Wednesday, December 2, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Wednesday, November 11, 2009
Wednesday, September 30, 2009
Friday, May 8, 2009
Friday, April 3, 2009
Pemenang Mencipta Lirik Lagu
Dengan ini diumumkan bahawa pemenang Utama adalah Clarence Liew dari Malaysia dengan lirik dialek Mandarin : Hei Yu Bai. Beliau layak menuntut RM300 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus sahaja) dari saya. Hubungi saya (nazzcaveman@gmail.com) dengan mengemukakan nombor akaun bank sebelum 30 June 2009. kalau tidak hadiah kira burn.. :)
Thursday, April 2, 2009
Pertandingan Mencipta Lirik Lagu
Salam sejahtera... Lagu "Change The Curtain of White House" adalah sebuah lagu ciptaanku sewaktu di Batu Rakit, Kuala Trengganu. Aku merekabentuk dan memainkan semua alat muzik (secara langsung dan virtual) sehinggalah menjadi sebuah lagu instrumental. (Without Prejudice) I'm calling all friends and those who respect other peoples' idea, to join The Lyric Writing Competition. Lagu 'Change The Curtain of White House' belum ada lirik lagi. Aku sediakan peruntukan RM300 (Ringgit Malaysia : Tiga ratus sahaja) kepada sesiapa yang dapat membuat lirik terbaik pada pandangan & pendengaran aku. Syarat-syarat seperti berikut.
1. Warganegara Malaysia
2. Karya sendiri, tema bebas
3. Boleh hantar seberapa banyak penyertaan
4. Bayaran penyertaan PERCUMA
5. Tarikh tutup sebelum atau pada 15 Mei 2009
6. Hantar penyertaan kepada nazzcaveman@gmail.com
7. Keputusan muktamad!!!
8. Hadiah akan di'Bank-in' ke dalam akaun pemenang.
9. Pemenang akan berkongsi royalti sekiranya ada masyukkk.
Melodi lagu ada di sebelah... Lirik hanya untuk bunyi instrument 'Pan Flute'.

Thursday, March 19, 2009
Ali Baba Moden No.4 Carta xsiteradio.com
Assalamualaikum semua...
Lama wa tak online jauh sekali nak menulis. Yg penting wa masih bernafas lagi. Bukan sibuk buat apa pun, sibuk buat hal je ni. Takde lah :) sebenarnya sibuk kat tapak projek. Wa online balik ni pun pasal ada member call sbb lagu Ali Baba Moden duduk no. 4 kat carta xsiteradio.com (USA). Satu lagu lagi Show Me duduk kat no. 3 carta songsiwrite.com (Singapore). Wa pun online le. Pehhh.. betul lu cakap brader, memang betullll. Tak sangka gak lagu wa yang tak sedap tu duduk kat carta walaupun carta underground.
Macammana pun, wa nak ucap terima kasih pada member2 yang menyokong usaha wa. terutamanye PEACE Group, STTJ Alumni dan lain-lain samada yg masih hidup mahupun yg sudah meninggal dunia.
Lagu Ali Baba Moden tu wa buat mcm biasa la. Wa sorang2 layan main drum (virtual), bass, gitar, dll. Bile dah jadi minus-1, wa pun karaoke sorang2. Wa buat lagu tu pasal wa tak suka perangai sesetengah pemimpin dan ahli UMNO salahguna kuasa nak dpt projek. Diorang ingat UMNO tu maka bapak diorang yg punya. Mak bapak kitorang pun ada share gak nak tubuh UMNO dulu. Tapi takpe, kita tak heran daki dunia betul beb???
Nanti diorang mampus diorang tahulah nak jawab depan TUHAN.
Ok... wa cau dulu..
NazzCaveMan
p/s : Sorry sbb banyak e-mail peminat wa lambat balas. Baru je balas tadi ni. Check it out bebbbbb

Wednesday, December 31, 2008
PEACE : Ali Baba Moden
Assalamualaikum rakan-rakan sekelian. Memang benar muzik ini bahasa sejagat yang dapat mendekatkan yang jauh dan menyatukan yang dekat. Malam tadi aku dapat call dan sms dari rakan-rakan lama yang dah berbelas-belas tahu tak berhubung atau berjumpa. Ini mesti Paul yang promote. Aku yakin tak ragu-ragu lagi. Ari dan Taufiq contact aku. Ni semua kawan2 dalam group PEACE sewaktu di UTM. Group PEACE ni adalah satu lagenda kumpulan motosikal di UTM antara tahun 1989 hingga 1994. Kira-kira macam kumpulan underground. Tapi aktivitinya semua baik-baik belaka. PEACE menjadi duta kepada UTM di mana sekelian kumpulan motosikal di sekitar JB masa tu mesti kena respect. PEACE bersekutu dgn kumpulan Marlboro yang terdiri dari anggota tentera dari Kem Kg. Melayu Majidee. Bila kitorang keluar JB, no. plat motor memang muhibbah. Semua plat dari seluruh Malaysia ada termasuk Sabah dan Sarawak. Bila bergabung dgn group tentera, pun plat muhibbah gak, apa lagi. Asap motor macam ribut kat Pantai Lido.
Aku ingat lagi motosikal Honda MBX milik Mail Lundai yang nak race kat Highway Pasir Gudang. Geng lagi satu pun booking motor tu gak. Malam tu apa apa nak di'race'kan. Hapah pun tak jadi. Aku rindu kat kengkawan lain mcm SirCome (WBF-8031), Paul (PBF-7758), Gipo (WBD-5015), Jass (pembonceng handalan), Urtex (BCG-953), Aloy (BCJ-7107), Najib (TZR paling glamor) (Tuan Haji Najib), Ujang (MU-9540), Gebeng (pembonceng maut), Mastor (BCG-****), Semput (NAD-****, Man Ceruk (KU-****)dan ramai lagi. Tak larat kalau nak sebut sorang2 (jgnlah ada yg kecik hati ye..). Terlalu banyak kenangan pahit, manis, sedih, kelat dan pelbagai rasa untuk kita kenang. Tapi itulah sejarah kita di sana. Sekarang masing2 dan kahwin dan beranak pinak. Kita kenang yg manis2 jelah. Yang pahit kita bungkus buang masuk laut.
Buat Arie, sorry sebab aku ingat hang kat IWK. Rupanya kat Boustead Holdings Bhd. Tahniah sebab dah menunaikan ibadat Haji. Taufik yg kat IWK, dah jadi pembesar pun. Dengar khabar Ujang baru balik dari Mekah semalam. Apa habaq Tuan Haji Ujang (MU-9540).
Tengah menaip artikel ni, SirCome telefon. Dari tahun 1992, ni baru dapat dengar suara Sir Come yg macam aktor Eman Manan. Eh... ni tahun 2008, malam ni menjelang 2009. Maknanya 19 tahun kita tak jumpa. Muzik ni memang bahasa yang mudah difahami. Jika ada rakan-rakan PEACE yang tersesat ke dalam Blog ni, SirCome mintak aku create Blog khusus untuk PEACE group. Sekarang masih ada lagi generasi di JB dan KL yang menggunakan lambang PEACE. Sekurang-kurangnya PEACE masih ada generasi penerus. Semoga dengan adanya Blog PEACE, generasi baru PEACE akan dapat mengenali generasi sebelum mereka. Inilah silaturrahim. Bukan perlu sangat wang dan harta yang banyak, tetapi legasi yang telah kita tinggalkan, itulah kekayaan kita yang sebenarnya. Nanti bertemu ajal masing-masing, cuma kain putih tidak berjahit yang dibawa. Yang penat kita cari bermati-matian, semuanya terpaksa ditinggal.
Ambil nafas dalam-dalam, dengarkan lagu ALI BABA MODEN.

Monday, December 8, 2008
One Man Band - NazzCaveMan
Di dalam versi lama, mutu rakaman kurang baik kerana menggunakan alat MRS-8 dan tiada converter ke mp3. Lagu-lagu yang dihasilkan ialah SHOW ME, ISYARAT, CERITA CINTA, RINDU BERDENDAM, SAY, ALIBABA MODEN, PEJUANG KEMERDEKAAN, ANAK MERDEKA, HAMBA BERTAKHTA, IKHLAS DAN LARA. Aku berhasrat untuk membuat semula lagu-lagu tersebut dengan kaedah rakaman terkini secara virtual.
Menjelang Hari Raya Haji tahun 2008, aku menggunakan kepakaran virtual rakan-rakan dari USA. Lagu yang dihasilkan adalah instrumental berkonsepkan ORKESTRA. Pada peringkat ini, aku dah jadi One Man Orchestra pulak... Ehtahlah. Tapi aku sendiri terperanjat dengan hasilnya. 2 lagu yang telah dihasilkan dalam masa 4 hari (part time) iaitu Mr. OBAMA WELCOME TO WHITE HOUSE dan CHANGE THE CURTAIN OF WHITE HOUSE. Lagu-lagu ini buat rakan-rakan pendengar sekelian...di mana kita akan berkomunikasi di dalam bahasa MUZIK, bahasa ALAM, bahasa TUHAN.
Buat rakan-rakan alumni UTM terutamanya sessi 1988, juga rakan-rakan alumni STTJ Seremban sessi 1986-1987... semoga semuanya terhibur. Aku yang dulu korang panggil MAHMOOD. Kalau nak beli CD call aku 013-3254155, nanti aku buatkan baikkkk punye. (10 pemanggil pertama dapat free)
Minta pendengar yang dihormati, berikanlah pandangan dan idea baru untuk aku terus berkarya.
NazzCaveMan
Kisah Hawks & R-Radd

Ni 2 band yang kira boleh tahan leee. Tapi bila-bila masa disiplin dan sefahaman tu penting, kalau tak...alamat bubar ler. Diorang ni ada luck. Pernah main 3 lagu dapat RM3 ribu beb... Kan bertuah tu. Tapi apakan daya, masing-masing ada komitmen. Aku tetap enjoy jamming walaupun sorang-sorang.
Apa pun, aku doakan selamat maju jaya kepada semua anggota band yang pernah di bawah order aku. Wa caya sama lu.
NazzCaveMan
Sejarah One Man Band

Assalamualaikum... Ni lah aku nak cerita sikit pasal macam mana aku boleh jadi macam ni... One Man Band. Korang boleh le panggil aku Nazz. Nama kat alam virtual Nazzcaveman. Balik pasal sejarah tadi. Aku memang minat muzik ni sejak aku keluar dari rahim mak aku. Lagu yang mula-mula aku nyanyi berentak trash metal. Apa lagi... aku melalak le :) Tapi yang benor seingat-ingatnya aku mula meminati muzik sejak umur 5 tahun. Masa tu pakcik-pakcik sebelah abah aku semuanya band boy. Kumpulan Lambaian Bunga Bersaudara dengan The Klang. Kalau otai mesti tahu band yang wujud sezaman dengan D'Llyod.
Bila diorang lepa je aku bedal drum dengan gitar diorang. Lama-lama aku jadi minat dan bertambah pandai. Masa aku mula masuk sekolah, mak aku memang pantang datuk nenek dia ahli muzik. Bila dia dapat tau aku main muzik, alamat tali pinggang ke batang ubi ke, janji sempatlah... confirm berbelak-belak badan aku yang kurus melengkung ni. Tapi itulah baiknye. jadi cabaran untuk aku maju. Aku belajar main recoder dengan Cikgu Zul kat Sekolah Kebangsaan Sementa. Masa tu tahun 1980.
Masuk tingkatan 1, kat Sekolah Menengah Rantau Panjang, jumpa lagi dengan Cikgu Zul. Apa lagi, kita orang jamm le. Kita mula buat band main hujung tahun.. masa majlis penyampaian hadiah. Ada 2 band... satu band senior (leader Rafi.. sekarang freelance musician). Aku pun ada band sendiri buat cover masa kecederaan. Itu pun training koyo iyo iyo oooo. Pegi Jamming kat Klang naik basikal.. 1 jam 10 ringgit.. sape duduk Klang tau le.. Wah Lin Music Center...tandas pun takde.. apa lagi hantam saja la.
Masuk form 4 kat Sekolah Teknik Tuanku Ja'afar Seremban tahun 1986. Teruk kena ragging bebb.. macam nak cabut balik je... tapi nanti orang kampung pakat gelak plak...tanggung je lah. Tingkatan 5 aku jadi brother. aku ragging kaw-kaw pulak. Kesian budak-budak freshie tu. Kalau ada yang terbaca ni.. penah kena ragging dengan aku, aku minta mahap le kasim selamat... Maklum le masa tu budak mentah baru nak belajar jadi orang. Tapi masa Form 5 ni, aku banyak awek sebab pandai main gitar. Ramai yang tergila-gilakan aku.. Tapi aku COOL beb. Masa tu aku dah ada awek steady.. sekarang dah jadi bini aku. Satu-satunya bini aku.. InsyaAllah. Bila malam minggu tak balik kampung, aku main gitar kat pavilion STTJ, mengadap Sekolah Vokasional. Member-member penyanyi ramai.. masa tu Search dengan Left Handed tengah top. Fuhhh kenangan betul.. bila nyanyi awek-awek asrama puteri STTJ ngan Vokasional ikut nyanyi sekali. Main-main spotlight plakkkk. Aku ingat lagi Daeng, Tajul, Ramli, Zamri, Jack, Ja'a, Ijat dan ramai lagi... nak konsert memanjanggg. Korang ni yang sebenornye rockers ke jiwang haaa???? Melalut pulak cerita pasal sekolah.
Lepas SPM, aku nak masuk Air-Force.. kunun nak bawak Sky Hawk.. mak aku menangis tak sudah-sudah tak bagi masuk. Aku lari dari rumah pegi ke kem STA Ipoh. 3 hari kat sana dah kena halau balik ... tak lulus. Sampai rumah aku minta maaf pada mak. Mak aku tunjukkan surat tawaran dari UTM Skudai, JB (Batch AA880). Ceria je muka dia. Apa nak buat.. mak aku nak aku jadi jurutera, kena jadilah jawabnya. Kat UTM aku lagi hebat bermain muzik. Member panggil aku penghibur rakyat. Betul tak Ahmad Hazry??? Aku dengar engkau jurutera kanan kat IWK??? Paul dah kaya sekarang, tauke besor kat Seremban. Bagus lah.. bukan orang lain, kawan-kawan. Kat UTM jumpa pulak dengan Prof. Dr. Jamaluddin Mat, Timb. Dekan Fakulti Kej. Awam... Ahli muzik bebbb. Studio kat dalam makmal Highway. Kereta antik Prof boleh jalan lagi ke???
Aku ada trained beberapa band boy untuk mainkan lagu aku. malangnya, tak cukup komitmen. Tak pe lah... aku kena buat sendiri jawabnya. Semua pikir duit je... nanti aku cetakkan banyak-banyak. Aku rindu gak kat budak-budak tu kumpulan Arrad dengan Hawks. Lagu diorang jamm ada aku sertakan kat tingkap sebelah.
Aku dah penat jadi engineer... tak ada FEEL. Aku nak jadi ahli muzik. Mak aku pun dah tak boleh sebat aku dengan batang ubi lagi sebab aku dah besor. Lagi pun, aku dah capai cita-cita mak supaya aku jadi engineer. Dah masuk 15 tahun dah... Sekarang aku nak jadi aku yang sebenarnya iaitu AHLI MUZIK. Semoga mak dengan abah restu anak emak abah ni.
Tuan-tuan sidang pembaca sekelian... Aku mula serius berkarya pada bulan April 2008. Dari studio bilik tidurku, inilah seadanya. Dengan rendah hati, aku persembahkan karya aku di dalam bentuk One Man Band. Ertinya, aku buat segala-galanya seorang diri di bilik tidurku. Hasilnya seperti yang tuan-tuan dapat capai dan dengar dari tetingkap sebelah. Aku akan mengeluarkan karya aku satu persatu sehingga ajalku tiba. Jamm sorang-sorang lagi best bebbb... :)
Nikmatilah dengan penuh kesyukuran.
Yang benar,
NazzCaveMan
Subscribe to:
Posts (Atom)